Keanggotaan Koperasi

1)Keanggotaan Koperasi adalah terbuka kepada orang Melayu dalam daerah ini sesuai dengan UUK 10(1) Koperasi ini berstatuskan “Bumiputera”.

2)   Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah:-

        (a)    warganegara Malaysia;

        (b)    telah mencapai umur 18 tahun;

        (c)    bermastautin atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan

        (d)    bukan seorang yang:

                (i)    tidak upaya dari segi mental;

                (ii)   bankrap yang belum dilepaskan;

                (iii)  terhadapnya masih berkuat kuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan

                (iv)  telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari                          tarikh pembuangan itu.                    

Permohonan menjadi anggota

Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat di dalam borang rasmi Koperasi dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan. 

Modal Syer

Mengikut kehendak Undang-undang Kecil (UUK) 54.(1) setiap anggota hendaklah melanggan Ringgit Malaysia Satu Ratus Syer sebagai sumbangan minimum dan tidak melebihi satu per lima daripada jumlahnya syer terkumpul pada bila-bila masa sebagaimana kehendak UUK 54(3). Keanggotaan dan syer terkini adalah sebagaimana berikut:-

Dividen 

Dividen Koperasi Pembangunan Daerah Kemaman Berhad adalah tertakluk kepada Kelulusan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) melalui pengistiharan di dalam Mesyuarat Agung.

Tabung Kebajikan Anggota

Tabung Pendidikan

SYARAT MEMOHON SUMBANGAN

1)  Pendidikan : Memberi sumbangan kepada anggota atau keluarga Koperasi ini yang cemerlang dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan kemasukan IPT.

a) Kelayakan Anggota: Anggota yang mempunyai syer tidak kurang *RM2,000.00 layak menerima sumbangan ini. Sumbangan akan diberi kepada anggota atau isteri/suami, anak anggota dan tidak lebih tiga (3) orang dalam keluarga anggota berkenaan. *Pindaan oleh MAT pada 29 April, 2018

b) Kelayakan Penerima dan Sumbangan: Penerima mestilah mendapat kelulusan yang cemerlang di peringkat berkenaan dan kadar sumbangan sebagaimana berikut :-

TAHUN KEANGGOTAAN SYER
2011 607 RM487,493.00
2012 605 RM536,468.16
2013 524 RM803,678.49
2014 495 RM913,194.82
2015 494 RM968,951.24
2016 492 RM1,114,295.48
2017 506 RM1,202,417.84
2018 504 RM1,378,016.65
2019 520 RM1,748,630.00
2020 527 RM1,857,023.95
2021 522 RM1,840,172.20
Bil Ketegori Sumbangan
1 *Kemasukan ke IPTA RM 300.00
2 STPM – (4A) RM 200.00
3 SPM – (8A) RM 150.00
4 PMR – (8A) RM 100.00
5 UPSR – (5A) RM 80.00

 c) Semua permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh menerima tawaran dengan  menggunakan borang permohonan TKA1 yang disediakan oleh Koperasi.

 d) Sumbangan hanya dibuat ke dalam akaun Skim Simpanan Perbadanan Nasional (SSPN) pelajar sahaja.

 e) Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh Koperasi dan keputusan Lembaga mengikut tempoh tertentu.

Tabung Khairat Kematian

SYARAT MEMOHON SUMBANGAN

2) Khairat Kematian : Sumbangan diberi kepada waris anggota.

a) Kelayakan Anggota : Anggota sahaja yang layak menerima sumbangan.

b) Kelayakan Penerima dan Sumbangan : Penerima sumbangan adalah terdiri daripada penama atau pewaris yang terdekat. Kadar sumbangan sebagaimana berikut :-

Bil Yang Meninggal Sumbangan
1 Anggota RM 1000.00

c) Semua permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh kematian dan hendaklah menggunakan borang permohonan TKA2 yang disediakan oleh Koperasi. Pengesahan Pewarisnya mestilah diperakui oleh Penghulu Mukim/Pengerusi JKKK dan disahkan oleh Persuruhjaya Sumpah dengan melampirkan Sijil Mati.

d) Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh Koperasi dan keputusan Lembaga mengikut tempoh tertentu.

Tabung Ibadat Haji

SYARAT MEMOHON SUMBANGAN

3) Menunai Haji : Sumbangan diberi hanya sekali sahaja untuk anggota menunaikan Haji.

a) Kelayakan Anggota : Anggota yang mempunyai syer tidak kurang *RM2,000 layak menerima sumbangan ini daripada Koperasi, ini bagi tujuan tersebut hanya sekali sahaja.

b) Kelayakan Penerima dan Sumbangan : Anggota yang telah mendapat surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji dan Visa bagi tujuan tersebut. Kadar sumbangan sebagaimana berikut :-

Bil Kategori Sumbangan
1 Haji RM 1000.00

c) Semua permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh surat tawaran dan semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan TKA3 yang disediakan oleh Koperasi ini.

d) Kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan yang disediakan oleh Koperasi dan keputusan Lembaga mengikut tempoh tertentu.